Rabu, 26 September 2012

Santai Doraemon

Dialog sengal kali ni;

Suami outstation SMS isterinya.

Suami: "Bila rindu awak, saya tengok bulan terang malam ni. Walaupun kita berjauhan, kita memandang bulan yang sama."

Isteri: "Sweetnya hasben saya ni. Syg abg ketat²! ( budak2 takleh baca ni ). Tapi sepatutnya abg tak ingat saya bila tengok bulan."

Suami: "Eh kenapa?"


Isteri: "Bila tengok bulan, ingatlah Allah.;

""Dan Ia (Allah) menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang-benderang), " - Surah Nuuh ayat 16.

Ingatlah Rasulullah SAW yang pernah membelah bulan sebagai salah satu mukjizat, tafsiran dari Surah al-Qamar ayat 1,

"Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan."

Suami: "Alamak, insaf plak abg baca...tapi abg bila lihat bulan purnama penuh mengambang ni mmg ingat awak.."

Isteri: "Tq..sapa tak ingat bini lawa kot hihihi.."

Suami: "Err..bulan tu kan dia bulat sangat-sangat. Sama macam seorang hamba Allah yang tengah berSMS dengan abg ni. Tadi dia bagi tazkirah tentang bulan kena ingat Allah dan Rasul."

Isteri: " ......... !! " ( campak henpon ke dinding laju-laju )

Tut tut ( mesej masuk lagi )

Si isteri cepat-cepat ambil kembali henpon yang dicampaknya. Dalam hatinya kata, "Sure dia nak minta maaf ni." Dibukanya SMS. Perlahan-lahan dibaca bait SMS suaminya.

Suami: "Kadang-kadang macam Doraemon dah abg tengok. Hehe nitee!"

Isteri campak henpon laju-laju ke dalam Sungai Kelantan masa tu jugak.

Cerita oleh: Syabab Musafir Kasih

Sapu Tangan Doraemon


"Anaqah, kekandaku!" Laung Layyin setelah mengambil tempat di sisi Anaqah.

Bibirnya tersenyum comel.

Anaqah menghentikan bacaan. Lalu Anaqah membalas senyumannya.

"Yup, ada apa adindaku sayang?" Katanya bergurau. 

"Hehe. Begini kekanda. Sebenarnya adindakan kekanda,err.. Sebenarnya, Layyin dah lama berniat nak buat benda ni."

Anaqah sabar menanti ayat seterusnya. Dia mahu sahabatnya itu dapat menyampaikan perkara itu dengan tenang.

"Layyin kan, errmm.. Layyin dah bernazar nak buat satu benda ni kalau dapat keputusan cemerlang dalam SPM nanti."

Anaqah memandang mata sahabatnya itu agar dia berterus-terang.

"Anaqah, Jom kita pakai niqab nak?"

Soalan itu ditanya bersungguh-sungguh.

Anaqah terdiam. 

Niqab?

Satu imej seorang perempuan yang bertudung yang hanya menampakkan mata muncul di fikirannya.

"Sekejap eh Layyin."

Sehelai sapu tangan Anaqah keluarkan.Lalu dietakkan pada muka.

Yang kelihatan kini hanya mata.

"Macam ni?" tanya Anaqah pada Layyin.

Layyin terpaku memandang Anaqah . Bibirnya menguntum senyum.

"Subhanallah. Comelnya Aniqah! Macam itulah! Hehe. Muka Anaqah macam cina muallaf! " katanya sambil tertawa kecil.

Sapu tangan bercorak doraemon itu ditanggalkan.Satu soalan diujarkan Anaqah pada Layyin tersayang.

"Layyin, kenapa Layyin nak pakai niqab?"

"Kenapa?" kata Layyin.

Lalu dia senyum.

"Allah." sambungnya kembali.Layyin senyum.

Sebuah kad dikeluarkan.

Terdapat sebuah lukisan dan kata-kata indah di atasnya.Tercoret di situ,

"Sahaja Aku berniqab kerana Allah Taala."

Aku pakai niqab ini kerana aku dah selidiki hukumnya.Aku pakai niqab ini kerana aku dah selidiki sirahnya.Aku pakai niqab ini,

bukan untuk ikut-ikutan,bukan kerana warisan keluarga, bukan kerana fesyen, bukan kerana nak nampak cantik, bukan kerana nak tonjolkan mata lawa,bukan untuk suka-suka!

Aku pakai niqab ini niat aku,untuk jaga agama Allah, untuk jaga aurat aku, untuk diri aku, untuk kebaikan rumah tangga aku kelak. 

Aku tak suka pakai niqab tapi dengan sengaja memeriahkan solekan mata secara berlebihan.

Aku tak mahu pakai niqab kerana semata-mata mahu posing di dalam laman sosial dan blog.

"Aku pakai untuk jaga maruah, bukan untuk jadi wanita murah."

Kau mungkin tegar terhadap fitnah.Tapi aku bimbang imanku terkulai lemah bila disapa fitnah!"

Bait-bait ayat itu dibaca Anaqah dengan perlahan-lahan.Hatinya sedikit terusik.

"Anaqah simpanlah kad ni. Layyin bagi." kata Layyin sambil tersenyum.

Malam itu.

Kata-kata yang dibaca pagi tadi kembali segar di fikiran Anaqah .

Lalu diambil sapu tangan doraemon tadi.Sengaja diletakkannya pada muka.Anaqah menjadikannya seakan-akan purdah.

Mata dipejam. 

Muka dihadap pada cermin.

Doa dibaca.

"Ya Allah, kau perelokkanlah akhlakku sebagaimana kau perelokkan wajahku."

Mata dibuka.

Hati tersentuh.

Air mata lalu menitis.

"Allah." rintih hatinya.

--------------------------------------------------------------------

Hari terakhir Peperiksaan SPM.

Allhamdulillah, paper-paper sebelum ini semuanya berjalan lancar bagi Layyin dan Anaqah.Mungkin kerana hasil perbincangannya dengan Layyin tempoh hari.

Anaqah bersyukur pada Allah kerana urusannya dipermudahkan.

Yang perlu mereka hadapi hanya tinggal paper Biology.Mata pelajaran 'feveret' mereka berdua.

"Feveret la sangat." Anaqah teringat kata-kata Layyin tempoh hari yang mencebik mukanya. Lalu dia tertawa kecil.

"Baiklah, anda semua boleh mula menjawab sekarang." kedengaran ketua pengawas peperiksaan memberi arahan.

Lalu lamunannya mati. Dirinya serius kembali.

"Bismillahhirrahmanirrahhim." 

Lafaz dibaca.

Halaman kertas diselak.

----------------------------------------------------------------------

Beberapa bulan berlalu.Masa berganti, hari demi hari.

Akhirnya.Hari yang dinanti-nanti.

Keputusan SPM keluar juga.

"We are Fighting Dreamers, aiming high, Fighting Dreamers, not caring about appearances, Fighting Dreamers, because we believe,Oli Oli Oli Oh-! Just go my way!"

Nada dering anime Naruto pada telefon Anaqah berbunyi pagi itu.

"Awek manalah telefon pagi-pagi buta ni?" Anaqah memeriksa telefonnya. 

"Oh, Layyin. Ingatkan secret admire. Hehe. Perasan sungguh Anaqah ni. Huhu." 

Suara lembut Layyin menyapa tatkala telefon dijawab.

"Jom pergi sekolah!" ucap Layyin dengan gembira.

"Semangat! Haha. Ye. Jom!" sahut si Anaqah.

---------------------------------------------------------------------

Dua-dua mata terpejam.Dua-dua memegang tangan masing-masing.Dua-dua berpeluh sejuk.

Aduhai.

Sampai giliran mereka mengambil keputusan,

Dua-dua menggigil.

"Ni nak ke tak nak sijil SPM ni? Cikgu ambil nanti." tegur guru kelas mereka, Puan Azlina.

Terketar-ketar tangan si Layyin dan Anaqah waktu menyambut helaian slip yang dihulurkan.Ibarat terkena penyakit Parkison.

Mata kedua-duanya tiba-tiba membulat.

Tidak terkata.

Hanya mampu sujud syukur menyembah Allah.

-------------------------------------------------------------------------

"Layyin, cepat dong! Nanti bas terlepas." ujar Anaqah pada Layyin."Wait! Anaqah, ada jarum peniti?" tanya Layyin.

Anaqah mengambil jarum peniti spare di dalam begnya. Lalu di beri pada Layyin.

Jarum peniti berbentuk 'Love' itu semat terkemas di dua-dua bahagian pipi Layyin.

Niqab selapis terletak elok di muka Layyin.

"Layyin, omeynye! Rasa nak cubit je pipi tu!" puji Anaqah."Anaqah lawa lagi! Cun! Tambah-tambah lagi pakai niqab tiara butterfly ni! Macam butterfly cantiknya. Hehe." balas Layyin pula.

Alhamdulillah, mereka berdua sudah bergelar niqabis selepas mendapat keputusan SPM hari itu.

Layyin sama sekali tidak menyangka bahawa Anaqah akan turut sama bernazar memakai niqab. Sangkaannya, mungkin Anaqah tidak setuju.

Dia sangat gembira apabila mengetahui sahabat baiknya itu turut berhijrah. Dirinya bersyukur kerana telah dapat mengajak rakannya untuk turut serta melakukan kebaikan.

"Anaqah." ujar Layyin tiba-tiba.

"Nah." sapu tangan doraemon lusuh dihulurkan pada Anaqah.

Anaqah agak terkejut. Dia terdiam memandang sapu tangan itu. Sapu tangan yang membawa perubahan besar pada dirinya.Bukan calang-calang sapu tangan meskipun bergambar kartun doraemon ok.

Lalu disambut sapu tangan itu. Lalu tersenyum lebar.

Layyin turut tersenyum kerana tahu Anaqah sedang tersenyum. Tandanya pada 'smiley eyes' istimewa yang dimiliki Anaqah. Sememangnya niqab tidak menghalang dua sahabat itu dari berbalas senyuman.

Anaqah mengelap butir-butir air mata yang mula bertakung.Dipeluknya Layyin.

"Aku ingatkan sapu tangan ni hilang. Hehe.Thanks Layyin. Sayang kau ketat-ketat." ujar Anaqah.

Layyin menepuk-nepuk belakang Anaqah."Sayang kau jugak. InsyaAllah, cita-cita kita sebagai Syuhadah al-Firdaus tercapai. Dah. Jom!" pelukan diuraikan. Layyin menarik tangan Anaqah. 

Langkah diatur.Kaki mereka berdua kini melangkah keluar dari pintu utama Universiti Islam Antarabangsa.

--------------------------------------------------------------------------

Wahai wanita, Bantu dirimu dengan MENUTUP auaratmu, Sesempurna mungkin..Atas nama CINTA, Untuk keberkahan di masa depanmu,Kerana engkau memenangkan Allah di atas KEINGINAN hatimu..

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ" خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ° وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.”(Surah an Nur, ayat 30-31)

♥ Sesungguhnya Yang tertutup itu tersangatlah INDAH ♥

---------------------------------------------------------------------------

Cerita oleh: Seorang budak yang tak nak pergi sekolah esok sebenarnya. Den la tu. Aktiviti mengisi masa terlapang.

Kata-kata ungkapan indah dipinjam dari:Rusydee Artz dan si penulis Blog Perindu Sang Pencipta Cinta.

Facebook si Artz: https://www.facebook.com/syababmusafirkasihBlog si penulis: http://syuhadahalfirdaus.blogspot.com/

Tajaan oleh: Cekodok pisang separuh hangus buatan sendiri. Kali ni makcik tu dah tak nak taja cekodok dia dah. >.>

"Can I be a niqabis someday?" 

Hope so. InsyaAllah. ♥ 

Layakkah Diriku?


Pendidikan Islam SPM 20XX.

Muka depan kertas soalan Pendidikan Islam ditancap oleh pelajar tersebut. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahhim, kertas itu diselak.

Satu demi satu soalan dijawab dengan penuh tekun dan yakin.

"InsyaAllah, aku boleh jawab semuanya." Detik hati kecil pelajar itu.

Akhirnya, sampai pada soalan terakhir.

Soalan itu dibaca satu persatu bait-bait ayatnya oleh pelajar tersebut.

"Antara ciri mukmin yang berjaya adalah mengerjakan solat dengan khusyuk, tidak melakukan perbuatan yang sia-sia, dan sentiasa menjaga waktu solatnya.Terangkan bagaimana,i) panduan untuk khusyuk dalam solat ii) cara-cara menjaga waktu solat."

Tiba-tiba.

Hatinya tersentap.Sebak di dada terasa.Air mata deras mengalir.

Pelbagai persoalan menghuni di benak.

"Ya Alllah, ampunkan hambaMu ini kerana seringkali lalai dalam solat!Aku bukanlah antara golongan mukmin yang berjaya! Aku lalai ya Allah!"

Hatinya merintih sedih. 

Terbayang saat malam tadi dirinya lalai dalam mengerjakan solat fardu Isyak. 
Terasa dosa menggunung di bahu kerana dirinya meninggalkan solat disebabkan asyik menonton televisyen.

Pegawas peperiksaan yang bertugas merasa aneh melihat pelajar itu menangis.

Belum sempat soalan ditanya, pelajar itu memohon kebenaran untuk keluar ke tandas.
Wuduk diambil sambil titis-titis air mata menitik.

Lalu dia kembali ke dewan.Soalan terakhir yang perlu dijawab, hanya dibiarkan kosong. 

Hanya satu ayat ditulis,

'Diri ini tidak layak memberi jawapan kepada persoalan ini. Saya bukanlah mukmin yang berjaya. Apa gunanya jika hanya menghafal jawapannya, namun tidak diamalkan ajarannya tidak diamalkan?'

Lalu dinoktahkan. 

Tangan menghulur kertas jawapan yang tercoret ayat tersebut kepada pengawas peperiksaan,Kertas jawapan yang masih lagi dibasahi titisan-titisan air mata seorang pendosa.

"Astaghfirullah."

Sebuah cerita oleh: adahjahaya SDN.BHD. 
Tajaan oleh: cekodok pisang makcik depan rumah.